English / Melayu
1 2 3
Tentang Kami

MyPressto. Com. Sdn. Bhd. (“Pressto”) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat pesanan telekomunikasi. Diperbadankan pada tahun 2000 dan memulakan perniagaan pada tahun 2006, “Pressto” ialah nama yang sinonim dengan bidang pendidikan memandangkan ia merupakan perintis dalam menyediakan perkhidmatan yang dikenali sebagai “smssekolah” kepada sekolah di seluruh Malaysia.

Dalam tahun 2009, Pressto yang diambil alih oleh pemegang saham baru telah mengalami suatu tranformasi yang bukan sahaja meliputi pengurusan syarikat malah misi, visi, nilai dan ciri keseluruhan syarikat. Bersama dengan transformasi tersebut ialah individu yang percaya bahawa kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Pressto boleh dimanfaatkan untuk membangunkan lagi Pressto supaya potensinya yang menyeluruh tercapai.

Misi Kami
  • Menyediakan penyelesaian yang tetap, murah dan berkesan dalam sistem perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa khususnya, dan menyediakan sistem pengurusan yang boleh dipercayai dan praktikal kepada sekolah di seluruh Malaysia amnya.
  • Menyediakan cara perhubungan yang mudah, murah dan berkesan bagi memudahkan perhubungan antara institusi/fakulti pengajian tinggi dengan para pelajarnya.
  • Menjadi sinonim dengan sektor pendidikan di Malaysia dan negara-negara ASEAN.
  • Mewujudkan persaingan dalam industri perkhidmatan SMS dari segi kadar penggunaan.
  • Meluaskan perkhidmatan SMS kami yang berasaskan clientele ke sektor lain yang bakal menjadikan perkhidmatan SMS sebagai sebahagian daripada medium perhubungan tetapnya.
  • Mempelbagaikan jenis perniagaan kami supaya seiring dengan budaya generasi moden yang sering berubah, mempunyai permintaan tinggi dan canggih.
  • Menjadi sebuah syarikat yang serba boleh selari dengan keperluan, kemahuan dan permintaan masyarakat.
Visi Kami
smssekolah Press2u
© Mypressto.Com Sdn. Bhd. [532552-U] / 2011